02 June 2011

sakit

:: selamat pagi ::

sakit.
hari ini aku sakit.
semalam aku sakit.
kelmarin juga aku sakit.
aku tahu esok juga aku pasti sakit lagi.

sakit apa?
demam
batuk tak henti-henti
selsema

biasa.
mungkin ia cuma sakit biasa hatiku berkata.
tapi kenapa masih tak sembuh lagi.
puas sudah aku telan pelbagai jenis ubat.

mungkin ada hikmah di sebalik sakit ini.
sakit yang ku alami ini.
mungkin ia pesanan dari Yang Maha Esa.
dugaan dari Yang Maha Esa.

ahh, ini baru sekecil kuman.
ada lagi insan lain yang diuji dengan bermacam dugaan.
malah tanpa sedikit pun mereka mengeluh.

orang kata, sakit ni menghapuskan dosa-dosa kecil.
orang kata, sakit ni buat kita beringat.
baiklah, aku terima kesakitan ini ya Allah.
malah aku bersyukur kerana masih bernafas di alam ini.
amin. =)




** hidup bukan selalunya di atas. perlu sentiasa beringat. agar tidak lupa pada pencipta kita. :)

8 budak menulis:

Lovely Fieyza said...

kifarah dosa2 kecil kot..
ish.. best jugak kalau demam.. leh cuti.. tdo puas2.. hehe..

tat!n said...

huk8,tu la pasal.
best ke klo demam?ko nk?meh amek kt aku meh,hehehe.klo cuti duk melepet je kt umah pn wtpe weh. T_T

wanie heLas said...

peh, mcm meen zulaikha punye novel ar ayat ko..hihiiiii

tat!n said...

haha,sape tu?den x kona.ngeee.ni ayt pasrah namenyer.. :)

Anonymous said...

inawzays helas said...
meen zulaikha tu penulis novel kasih yang suci..huhuuuu

tat!n said...

yeke..wahhh,hebat2.hehehe

anumuchan said...

makan ubat ye..moga cepat2 sembuh :)

tat!n said...

anum: thanx k..now ad tgl skit kot demam.. :)