12 April 2010

Tips Kecantikan..

pe kes ek aku nk kongsi tips lak ni ea,hehe
ni namenye dah takde keje..hahaha
ok,tanpa mmbuang masa meh kita selongkar..hihi

Bibir merekah
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
(cm hanyir jek an,huu)

Masalah jerawat
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.
(kt KL mne lak nk rembat kulit rambai ek,haha..)

Rambut kekal hitam
Agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.
(tebu hitam tah ade lg ke x org tanam)

Jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.
(ala2 bedak sejuk la ni)

Seri wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.
(pastu terus la lambat g keje,hahaha)

Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
(mase kecik2 penah wat,mne tah aku dpt petua ni)

Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika.

Rambut Beruban dan Berkelimumur..
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.

Mengekalkan kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.(yeke ni,hoho)

Menghilangkan parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

Menegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Merawat kulit berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Selamat Mencuba yer sume! (cm ramai jek,haha)

** apapun yg PALING PENTING..perbanyakkan bacaan AL-QURAN dan amik wuduq...dan tiap apa yg d lakukan mulakan dgn bacaan Bismillah..

 

3 budak menulis:

Anonymous said...

ada kulit rambai tu..lebih kurang bedak sejuk..kat mydin ada jual...rm3 lebh jek..aku gunakan tu ...tp tak slalu...hahahaa
malas

cendawanpink said...

ahakSs..
tips ni ko wat x??
ahahaa.. :D

yg mne 1 plg bkesan??

tat!n said...

anon: yeke ade jual,tatau plak.hehe.
bekesan x ea??
psst,name kasi tgl laa..hoho

nad: mst la aku x wat,hahaha..pndai bg tips je ek.. :p
aku pnh pkai bdk sejuk jek,tu pn mls.haha.